Jom Pi Swimming!

February 17, 2009

Lalala~

Swimsuit yang saya order online dah sampai! Sgt happy, dan berdebar nak pegi swimming. Kehkehkeh. Tadi dah try pakai, yg bahagian dalam tu muat-muat. Tapi bhgn luar macam pakai t-shirt. Nama pun pakaian renang muslimah kan. Ngeee. Malu la nak tunjuk gambar. Sebab saya kan gemokkk.

Thanks to Kak Matus yang melayan karenah customer-mu ini. Perasan badan kecik nak pakai size M konon! Hahaha! Kepada kawan-kawanku sekalian, silalah membeli swimsuit anda segera supaya kita dapat beriadah bersama-sama =p

Salah Ke Nurul Gemuk?

February 14, 2009

Tak tau la tension or sedih or sakit hati bila orang BERULANG KALI cakap Nurul gemok. Berulang kali ye. Kalau cakap sekali tu tak kisah lagi sbb mmg la Nurul mengaku badan ni sgt gemok berbanding dulu. Tapi takde perasaan ke orang tu? At least fikir la apa perasaan Nurul ni. Takkan tak nampak muka Nurul dah merah menahan geram. Kalau ikutkan hati rasa nak menangis kat situ jugak, pastu lari masuk bilik.

Hari ni rasa nak berehat, tapi terus takde mood. Nak tido pun asik terkenang-kenang je. Geram.